Monday, July 9, 2018

PEMERIKSAAN VETERINAR

    
Veterinar sedang mengambil darah Lembu-lembu kami untuk dihantar ke makmal.

1. Lembu-lembu kami sentiasa diperiksa oleh pihak Veterinar bagi memastikan tidak mempunyai penyakit berjangkit seperti Brucella.

2. Ternakan kami telah diberikan Vaksin:
   a. Vaksin PL : Bagi mengelakkan penyakit Kuku dan Mulut (FMD).
   b. Ujian dan Vaksin bagi mencegah daripada penyakit Brucella.

Apa Itu Penyakit Brucella.

Sumber : http://www.dvs.gov.my/dvs/resources/auto%20download%20images/560cadf87b4c0.pdf

Penyakit Brucella abortus atau Bruselosis pada lembu kerbau merupakan penyakit berjangkit yang mudah merebak dan penyakit zoonotik yang penting. Penyakit ini boleh menyebabkan keguguran, kemandulan, berkurangan pengeluaran susu di kalangan lembu dan kerbau. Jangkitannya boleh menyebabkan kerugian kepada penternak dan ekonomi negara.

Bruselosis disebabkan oleh bakteria Brusella abortus dalam lembu dan kerbau. la bukan sahaja menjangkiti ternakan, malah ia juga boleh menjangkiti manusia (zoonotik) yang boleh menyebabkan kemandulan, demam berulang-ulang, orkitis pada lelaki dan boleh menyebabkan keguguran pada wanita hamil.

Penyakit Brusella abortus merupakan penyakit yang diwartakan dan apabila ada kes yang disyaki dikalangan lembu kerbau ianya wajib dilapor dengan serta merta kepada Penguasa Veterinar.


Team MBZ hanya mahu berikan yang terbaik buat anda..

No comments:

Post a Comment