PAKEJ AQIQAH


Jom Akikah Mudah Bersama M-Bazaar Sdn Bhd.

Hubungi :
www.wasap.my/60177004599
www.wasap.my/60177004599
www.wasap.my/60177004599

2) Beritahu kami mengenai bajet anda. Kami akan terangkan berkenaan harga dan jenis ternakan yang kami ada serta harga servis tambahan yang kami tawarkan.




3) Beritahu tarikh dan lokasi penghantaran (boleh dihantar terus ke kediaman anda mahupun kepada pihak katering pilihan anda).

4) Buat pembayaran mengikut harga yang dipersetujui

5) Ternakan disembelih pada tarikh ditetapkan dan dihantar terus ke lokasi penghantaran.




6) Alhamdullillah selesai.

MUDAHKAN!!! Anda tidak perlu bersusah payah untuk ke ladang kami...kami uruskan segalanya dan hantar kepada anda.


PROGRAM AKIKAH / AQIQAH BERKELOMPOK 2019
(Ikuti FB / IG kami bagi memudahkan anda mengikuti Promosi dan Tarikh Yang Ditetapkan)

* Lembu yang dipilih akan di sembelih dan di niatkan utk 7 nama. Setelah di proses, daging, tulang, organ dalaman, perut, usus akan di bahagi 7 bahagian sama rata antara peserta.


Peserta dialu-alukan untuk hadir semasa penyembelihan.


* Jika tidak dapat hadir boleh mewakilkan kepada kami.


* Sekiranya tidak bercadang untuk mengambil daging, kami akan agihkan kepada madrasah dan rumah anak-anak yatim terpilih.


* Penyembelih bertauliah, mempunyai permit sembelihan.


* Mempunyai surat kesihatan.


* Baka lembu berkualiti tinggi, besar, sihat, jinak dan gemuk.


* Harga Pakej dijamin BERBALOI!!!!


* Kandang dibuka setiap hari dari 7 pagi sehingga 11 malam untuk melawat.


Setiap Pakej Termasuk:
  1. 1 Bahagian Lembu Berkualiti Tinggi
  2. Sembelih
  3. Melapah
  4. Memotong (Daging Kecil atau Cincang)
  5. Sijil Penyertaan
Lokasi : Bangi, Selangor.

Akikah Dilaksanakan  (Lembu) : Waktu Promosi
Akikah Dilaksanakan Setiap Hari (Kambing) : Bila-bila masa

Akikah Anak Lelaki : 2 bahagian Lembu ATAU 2 ekor Kambing
Akikah Anak Perempuan : 1 bahagian Lembu ATAU 1 bahagian Kambing

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

www.wasap.my/60177004599


....mohon sebarkan kepada kawan-kawan yang lain kerana *HAJAT* kami, 
jika boleh setiap "bayi" yang lahir harus di *AQIQAHKAN*..









KEPENTINGAN AQIQAH


“Alahai, mahalnya harga 2 ekor kambing. Rasa macam tak mampu nak buat aqiqah bulan ni. Boleh ke buat bila anak dah besar? Macam mana caranya?”
Kenduri aqiqah amat sinonim dalam masyarakat kita dan biasanya ia disekalikan dengan majlis bercukur atau potong jambul. Sebagai umat Islam, tahukah kita apa sebenarnya ibadah aqiqah ini dan apa pula kepentingannya?
Mari kita fahami 7 perkara tentangnya.

7 PERKARA TENTANG AQIQAH, TERUTAMA BUAT YANG BAKAL SAMBUT BAYI

1. MAKSUD AQIQAH

Aqiqah ialah sembelihan binatang (an‘am) yang dilakukan kerana menyambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.

Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing.
Ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang menyebutkan:
مَنْ وُلِدَ لَهُ وَلَدٌ فَأَحَبَّ أَنْ يَنْسُكَ عَنْهُ فَلْيَنْسُكْ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ
Maksudnya: Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”.
– Riwayat Abu Daud (2842)
Selain kambing, binatang sembelihan lain juga boleh diaqiqahkan seperti lembu, kerbau atau unta mengikut syarat yang telah ditetapkan bagi sembelihan. Contohnya, kadar bagi seekor kambing adalah bersamaan dengan 1/7 daripada unta dan lembu.

2. HUKUM AQIQAH


Secara umumnya hukum aqiqah adalah sunat muakkad (sunat yang sangat digalakkan) bagi yang berkemampuan.
Berdasarkan sebuah hadith daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى
Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.
– Riwayat al-Bukhari (2839)

3. SYARAT AQIQAH


Berikut adalah antara syarat asas dalam aqiqah.
  • Berniat aqiqah ketika menyembelih.
  • Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.

4. SUNAT AQIQAH


Selain syarat di atas, ada beberapa perkara sunat yang turut dianjurkan. Antaranya:
  • Berdoa semasa hendak menyembelih:  بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ … (sebut nama anak)
    Maksudnya: “Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini aqiqah…”.
  • Menyembelih ketika matahari sedang naik.
  • Daging aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.
  • Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.
  • Menyedekahkan daging aqiqah kepada fakir miskin.
  • Memasak daging aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.

5. WAKTU AQIQAH YANG DIANJURKAN


Ibadah aqiqah paling afdal dilakukan pada hari ke-7 kelahiran bayi tersebut. Ia seiring dengan memberikan nama yang baik dan juga mencukur rambut bayi tersebut.
Berdasarkan sabda Baginda SAW daripada Samurah RA:
الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
Maksudnya: Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih akikah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.
– Riwayat Abu Daud (1522)
Jika aqiqah dilakukan sebelum sempurna kelahiran maka ia dianggap sembelihan biasa yang boleh dimakan tetapi bukan aqiqah.

Namun sekiranya belum berkemampuan atau mempunyai halangan tertentu dalam tempoh tersebut, ia bolehlah ditunda dan dilakukan pada waktu yang sesuai mengikut kemampuan ibubapa bayi. Menurut pendapat paling kuat dalam mazhab Syafie, hukumnya kekal sunat sehingga anak itu baligh.
Walaubagaimanapun, sekiranya anak itu baligh dan belum juga sempat diaqiqahkan, maka sunat bagi anak tersebut untuk mengaqiqahkan bagi dirinya sendiri.

6. BOLEHKAH BERAQIQAH DENGAN SEEKOR KAMBING SAHAJA BAGI ANAK LELAKI?


Dalam keadaan tertentu, mungkin ada ibu bapa yang belum mampu atau tersilap apabila beraqiqah dengan seekor kambing sahaja. Jika ini berlaku, menurut Mazhab Syafie, ia adalah memadai dan dibolehkan, seperti yang pernah diutarakan melalui laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan.
Ia berdasarkan sebuah hadith daripada Ibn Abbas RA:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَقَّ عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ كَبْشًا كَبْشًا
Maksudnya: “Rasulullah SAW mengakikahkan al-Hasan dan al-Husain seekor kibas yang serupa dan sepadan bagi setiap seorang”.

7. BOLEHKAH AQIQAH DISEKALIKAN DENGAN KORBAN?


Aqiqah dan korban adalah ibadah yang hampir sama, di mana ia merujuk kepada aktiviti penyembelihan haiwan. Namun, setiapnya mempunyai tujuan tertentu dan dijalankan pada senggang waktu yang berlainan. Menurut sumber, isu ini terdapat khilaf di dalamnya di mana ada yang berpendapat bahawa ia boleh disekalikan, manakala ada sebahagian lagi yang tidak menyokongnya.
Maka seeloknya, sekiranya mampu, cara yang terbaik adalah dengan mengasingkan setiap satu aqiqah dan korban. Namun, tidak salah pula jika ia disekalikan, seperti yang dinaskan oleh pendapat dari kalangan al-Syafi’ieyyah.

BANYAK HIKMAH AQIQAH


Dalam setiap anjuran Islam, tentulah terdapat hikmah di sebaliknya. Selain menghidupkan lagi sunnah Rasulullah SAW, aqiqah menzahirkan rasa kesyukuran atas kelahiran bayi, mengukuhkan lagi silaturrahim sesama masyarakat di samping melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat.
Semoga perkongsian ini memberi kita lebih pencerahan agar kita dapat menjalankan ibadah aqiqah ini dengan penuh keikhlasan dan mengharapkan keberkatan Allah dalam memulakan hidup bersama bayi yang baru lahir.
Sumber Rujukan:
http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-fatwa/1487-irsyad-al-fatwa-ke-184-hukum-menggantikan-kambing-dengan-lembu-atau-unta-bagi-tujuan-aqiqah
http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-fatwa/1142-irsyad-al-fatwa-ke-128-adakah-cukup-aqiqah-seekor-kambing-bagi-bayi-lelaki
http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/1661-al-kafi-633-hukum-aqiqah-bagi-diri-sendiri
http://www.muftimelaka.gov.my/masjid/infoislam/ibadat/aqiqah.htm
http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-fatwa/edisi-haji-korban/1310-irsyad-al-fatwa-haji-dan-korban-siri-5-hukum-berkongsi-korban-dan-aqiqah-pada-sembelihan-lembu-unta-yang-sama
Sumber : Sirap Limau

#akikahkambing #akikahbiribiri #aqiqahmurah #aqiqahkambing #aqiqahkualalumpur #aqiqahselangor #aqiqahtemerloh #pembekallembu #pembekalkambing #pembekalbiribiri

No comments:

Post a Comment