Saturday, March 3, 2018

Baka Lembu Pedaging - Brahman

Lembu Brahman berasal dari India dan merupakan keturunan lembu tropika (Bos indicus). Corak penternakan dan sistem kacukan yang terkawal di Amerika Syarikat membantu dalam meningkatkan mutu lembu Brahman. Ia mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di negara beriklim tropika. Selain itu, pertumbuhannya yang sangat cepat menjadikan lembu ini unik di negara-negara beriklim tropika.
Berikut merupakan ciri – ciri lembu Brahman:
  • Tahan terhadap parasit luar, tekanan haba dan cuaca panas
  • Sesuai untuk kerja – kerja lasak
  • Cepat membesar
  • Daging yang bermutu dan isi banyak diantara 400 hingga 450 kg
  • Kulit – berwarna putih, kelabu atau kemerahan, kelihatan berlipat – lipat
  • Telinga – lebar dan terkulai di bawah
  • Terdapat bonggol di belakangnya
  • Berat lahir – 22 hingga 27 kg
  • Berat matang – kira – kira 900 kg bagi lembu jantan dan 520 kg bagi lembu betina
sumber : ilmu tani

2 comments:

  1. Assalamualaikum,lembu brahman minimum berat 450 kilo kalau di order setiap bulan 500 ekor boleh dapat sekilo harga Rm 11.50 sekilo sampai di kandang di KL ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nombor whatshapp saya +6285211265893
      Nombor HP saya 0172298081

      Delete