Sunday, April 8, 2018

Cara-cara Pilih Ternakan Untuk Akikah / Korban

Assalamualaikum..

Di sini saya ingin berkongsi TIPS untuk memilih Pakej yang anda perlukan untuk memilih Ternakan Akikah dan Korban.


TIPS 1 : JEMPUTAN
Anda perlu memikirkan berapa ramai orang yang anda ingin jemput untuk majlis Akikah. Jika ramai tetamu yang anda ingin jemput maka lebih besar ternakan yang anda perlukan.

TIPS 2 : BUDGET
Pastikan anda melakukan Ibadah ini mengikut budget (kemampuan) yang penting Ikhlas kerana Allah. Jika mampu boleh pilih ternakan yang lebih besar.

**Saya kongsi rahsia antara kita sahaja tau..sebenarnya lebih BESAR ternakan, lebih MURAH kalau ikut harga perkg dan lebih RAMAI penerima manfaat.

TIPS 3 : HARGA BERBALOI
Apa yang dimaksudkan dengan harga berbaloi?

[Harga Pakej Ternakan / Berat Pakej Ternakan]

  Contoh kiraan:
  [Harga Lembu 1 bahagian / Berat Daging perkg]
=[RM600/14kg]
=RM42.85 perkg

Jadi bandingkan harga mana yang lebih berbaloi jika dikira perkilogram (perkg)

Contoh Hidangan Gulai Daging :
1kg Daging = 10 orang makan <<< Ini hanyalah contoh penerangan, bergantung kepada jenis tetamu.


Ini hanyalah pakej Contoh Perbandingan untuk memudahkan anda faham..

Ternakan 1 : 
Berat Daging 1 bahagian : 14kg
Harga / Berat perkg : RM42.85 perkg
Jumlah Hidangan : 140 orang
Harga : RM600

Ternakan 2 : 
Berat Daging 1 bahagian : 18kg
Harga / Berat perkg : RM38.88 perkg
Jumlah Hidangan : 180 orang
Harga : RM700

Ternakan 3 :
Berat Daging 1 bahagian : 43kg
Harga / Berat perkg : RM27.90 perkg
Jumlah Hidangan : 430 orang
Harga : RM1,200

**Berat daging termasuk Daging, Tulang dan Organ Dalaman.

TIPS 4 : TEMPAT
Pilih Ladang Ternakan yang ada melaksanakan Ibadah Akikah / Korban yang terdekat dengan anda. Memudahkan untuk anda untuk melalui Proses Akikah / Korban.

Proses Apa???
1. Memilih ternakan
2. Melihat sendiri ternakan yang dipilih disembelih
3. Mengambil daging Akikah / Korban
4. Berasa lebih yakin (confident)

Jadi dengan penerangan mudah ini membuatkan anda lebih mudah untuk mencari ternakan / pakej yang sesuai untuk melaksanakan Ibadah anda. Semoga Ibadah kita diterima olah Allah. In Shaa Allah. Terima kasih.


"Bagi yang mampu digalakkan memilih binatang ternakan yang terbaik, sihat dan gemuk. Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik, menyatakan bahawa Rasulullah SAW menyembelih korban dengan dua ekor kibas yang terbaik dengan tangannya sendirinya dengan membaca ‘Bismillah’ dan ‘Bertakbir’ dan meletakkan kakinya di atas rusuk di sebelah tengkuk kedua-dua kibas tersebut."

No comments:

Post a Comment