Tuesday, March 1, 2022

Layari www.mbazaar.com.my Info Terkini

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sila Layari www.mbazaar.com.my untuk maklumat terkini

Nombor Whatsapp sebelum ini sudah lagi TIDAK digunakan.

Nombor Whatapps Ternakan / Ladang terkini M-Bazaar hanya 1 nombor sahaja : 

www.wasap.my/0177004599

www.wasap.my/0177004599

www.wasap.my/0177004599

017-700 4599


Terima kasih,

M-Bazaar Sdn Bhd

www.mbazaar.com.my

017-700 4599

Friday, July 24, 2020

IBADAH KORBAN 2020 : CAWANGAN PONTIAN, JOHOR


IBADAH KORBAN 1441H / 2020M
Tarikh Ibadah Korban : 31 Julai, 1 Ogos & 2 Ogos 2020 ( Jumaat, Sabtu & Ahad )
Lokasi Kandang : Cawangan Pontian, Johor

Lembu A (230kg - 250kg) = 1 Bahagian : RM750 / 7 Bahagian : RM5,250
Lembu B (200kg - 220kg) = 1 Bahagian : RM650 / 7 Bahagian : RM4,550

Daging akan dibahagikan kepada :
1. Rumah Anak Yatim
2. Rumah Orang Tua
3. ASNAF

Untuk Tempahan :

Monday, July 9, 2018

PEMERIKSAAN VETERINAR

    
Veterinar sedang mengambil darah Lembu-lembu kami untuk dihantar ke makmal.

1. Lembu-lembu kami sentiasa diperiksa oleh pihak Veterinar bagi memastikan tidak mempunyai penyakit berjangkit seperti Brucella.

2. Ternakan kami telah diberikan Vaksin:
   a. Vaksin PL : Bagi mengelakkan penyakit Kuku dan Mulut (FMD).
   b. Ujian dan Vaksin bagi mencegah daripada penyakit Brucella.

Apa Itu Penyakit Brucella.

Sumber : http://www.dvs.gov.my/dvs/resources/auto%20download%20images/560cadf87b4c0.pdf

Penyakit Brucella abortus atau Bruselosis pada lembu kerbau merupakan penyakit berjangkit yang mudah merebak dan penyakit zoonotik yang penting. Penyakit ini boleh menyebabkan keguguran, kemandulan, berkurangan pengeluaran susu di kalangan lembu dan kerbau. Jangkitannya boleh menyebabkan kerugian kepada penternak dan ekonomi negara.

Bruselosis disebabkan oleh bakteria Brusella abortus dalam lembu dan kerbau. la bukan sahaja menjangkiti ternakan, malah ia juga boleh menjangkiti manusia (zoonotik) yang boleh menyebabkan kemandulan, demam berulang-ulang, orkitis pada lelaki dan boleh menyebabkan keguguran pada wanita hamil.

Penyakit Brusella abortus merupakan penyakit yang diwartakan dan apabila ada kes yang disyaki dikalangan lembu kerbau ianya wajib dilapor dengan serta merta kepada Penguasa Veterinar.


Team MBZ hanya mahu berikan yang terbaik buat anda..

Sunday, April 8, 2018

Cara-cara Pilih Ternakan Untuk Akikah / Korban

Assalamualaikum..

Di sini saya ingin berkongsi TIPS untuk memilih Pakej yang anda perlukan untuk memilih Ternakan Akikah dan Korban.


TIPS 1 : JEMPUTAN
Anda perlu memikirkan berapa ramai orang yang anda ingin jemput untuk majlis Akikah. Jika ramai tetamu yang anda ingin jemput maka lebih besar ternakan yang anda perlukan.

TIPS 2 : BUDGET
Pastikan anda melakukan Ibadah ini mengikut budget (kemampuan) yang penting Ikhlas kerana Allah. Jika mampu boleh pilih ternakan yang lebih besar.

**Saya kongsi rahsia antara kita sahaja tau..sebenarnya lebih BESAR ternakan, lebih MURAH kalau ikut harga perkg dan lebih RAMAI penerima manfaat.

TIPS 3 : HARGA BERBALOI
Apa yang dimaksudkan dengan harga berbaloi?

[Harga Pakej Ternakan / Berat Pakej Ternakan]

  Contoh kiraan:
  [Harga Lembu 1 bahagian / Berat Daging perkg]
=[RM600/14kg]
=RM42.85 perkg

Jadi bandingkan harga mana yang lebih berbaloi jika dikira perkilogram (perkg)

Contoh Hidangan Gulai Daging :
1kg Daging = 10 orang makan <<< Ini hanyalah contoh penerangan, bergantung kepada jenis tetamu.


Ini hanyalah pakej Contoh Perbandingan untuk memudahkan anda faham..

Ternakan 1 : 
Berat Daging 1 bahagian : 14kg
Harga / Berat perkg : RM42.85 perkg
Jumlah Hidangan : 140 orang
Harga : RM600

Ternakan 2 : 
Berat Daging 1 bahagian : 18kg
Harga / Berat perkg : RM38.88 perkg
Jumlah Hidangan : 180 orang
Harga : RM700

Ternakan 3 :
Berat Daging 1 bahagian : 43kg
Harga / Berat perkg : RM27.90 perkg
Jumlah Hidangan : 430 orang
Harga : RM1,200

**Berat daging termasuk Daging, Tulang dan Organ Dalaman.

TIPS 4 : TEMPAT
Pilih Ladang Ternakan yang ada melaksanakan Ibadah Akikah / Korban yang terdekat dengan anda. Memudahkan untuk anda untuk melalui Proses Akikah / Korban.

Proses Apa???
1. Memilih ternakan
2. Melihat sendiri ternakan yang dipilih disembelih
3. Mengambil daging Akikah / Korban
4. Berasa lebih yakin (confident)

Jadi dengan penerangan mudah ini membuatkan anda lebih mudah untuk mencari ternakan / pakej yang sesuai untuk melaksanakan Ibadah anda. Semoga Ibadah kita diterima olah Allah. In Shaa Allah. Terima kasih.


"Bagi yang mampu digalakkan memilih binatang ternakan yang terbaik, sihat dan gemuk. Imam Muslim meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik, menyatakan bahawa Rasulullah SAW menyembelih korban dengan dua ekor kibas yang terbaik dengan tangannya sendirinya dengan membaca ‘Bismillah’ dan ‘Bertakbir’ dan meletakkan kakinya di atas rusuk di sebelah tengkuk kedua-dua kibas tersebut."

Friday, March 16, 2018

Sekitar Ladang di Bangi, Selangor.

Assalamualaikum Semua...

Di sini saya nak updates di sekitar Ladang Bangi, Selangor...Jom Jenguk!

Mula-mula kita Selfie dulu...Senyum...

Ini adalah ternakan Kambing baka Australian Ferrel
(tergeliat juga nak sebut nama baka kambing nih..)


 Nampak Kambing kami pun boleh tahan Sadonya...


 Ini adalah rumput Napier

Rumput Napier ditanam sendiri di Ladang Kami!


Rumput ini diproses untuk dijadikan antara makanan
utama ternakan kami! Segar!!! Bersih...


Kadang-kala kami akan lepaskan ternakan kami
untuk meragut rumput segar...


Ini adalah tempat penyembelihan.
Kebersihan adalah Keutamaan Kami!


 Ayam pun ada...tengah main kejar-kejar...


Ini adalah sebahagian Lembu Sado Kami...


Anda Berminat dengan Ternakan kami??

Jangan Lupa..Hubungi M-Bazaar Sdn Bhd:
011 - 1010 4146 (Saiful) 
011 - 3161 7796 (Khafiz)

Saturday, March 3, 2018

Maksud Karkas

Karkas merupakan bahagian badan ternakan yang telah disembelih, dibersihkan dan dipotong kepada beberapa bahagian. 

Biasanya akan dipotong kepada 4 bahagian. Dipotong kepada bahagian kecil jika ada permintaan dari pembeli.

Sembelih > Melapah > Karkas > DiPotong Kecil


Ladang Ternakan di Bangi, Selangor






Ladang Ternakan di Kelantan